Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Tiba-tiba dapat ilham nak menaip lepas makan banyak-banyak ni. LOL hahaha :D
Okey,untuk post saya yang kedua dalam masa beberapa jam saja selangnya,saya nak cerita pasal penulis novel kegemaran saya iaitu Siti Rosmizah.Ni antara novel-novel dia:
Nilah novel pertama yang saya baca dalam hidup (hohoho).Novel ni mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aleya yang kena kahwin paksa dengan lelaki korporat (betul ke saya eja tu?),
dan bongkak bernama Syed Aizril sebab ditangkap khalwat di sebuah apartmen.Novel ni memang best dari awal hingga akhir.
Okey,novel yang ni pulak pasal kembar,Ellani dan Ellana yang tinggal dengan mak ngah diorang lepas ibubapa mereka meninggal.Ellana dilayan macam anak sendiri tapi Ellani macam hamba abdi.
Zarul Zafran jatuh cinta pandang pertama dengan Ellana dan hapir-hampir berkahwin.Tapi apa boleh,takdir yang menentukan ye idok?.Zarul Zafran kemalangan dan hilang ingatan.Tiba-tiba dia boleh pulak terjatuh cinta dengan Ellani.
Ish ish ish,macam-macam betul dia ni (LOL).Lepas tu,dengan sungguh senangnya dia ceraikan Ellani,guna SMS je.Hebat kan?.
Ni novel Siti Rosmizah yang paling saya suka.Novel ni mengisahkan tentang Tengku Aqilah,anak yang disisih oleh bapanya sendiri (kesian dia :'( ).Kebencian bapanya bertambah apabila isteri kesayangannya meninggal dunia.Dia menyalahkan Tengku Aqilah atas kematian isterinya (ada ke macam tu,dah takdir bukan boleh halang pun).Kakak dia,Tengku Natasya yang tak pernah suka dengan adiknya memperlekehkan Tengku Aqilah dengan menjadikan dia sebagai tea lady di syarikat walaupun belajar oversea.Dipendekkan cerita,bapa Tengku Ryan Ameer,Tengku Hashim membuat satu wasiat sebelum dia meninggal dunia.Dalam tu kata kalau Tengku Ryan Ameer nakkan saham syarikat ,dia kena berkahwin dengan Tengku Aqilah.Tengku Ryan Ameer menurut walaupun tak suka dengan Tengku Aqilah.Bolehkah mereka bahagia?? jeng jeng jeng.
Semua novel di atas sedih tapi saya takde la sampai nak bengkak mata seminggu sebab menangis.Sebak tu adalah hohoho.Okey mata pon dah mengantuk so semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.
XOXO
No comments:
Post a Comment