Friday, October 31, 2014

Fakta-fakta Coklat


Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!!! Semua sihat?? Kalau sihat baguslah. Wokeyyy untuk post saya kali ni saya nak cerita pasal coklat. Mmmm yummy. Tapi ramai orang kata yang coklat tak baik untuk kesihatan. Siapa kata coklat tak baik? Banyak tau kebaikan dia.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya akan menyenaraikan beberapa kebaikan coklat. Ini dia - - ->

    coklat kesayanganku
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Perlindungan daripada serangan penyakit jantung
  • Melambatkan proses AIDS
  • Melambatkan penuaan
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Penghalang kepada strok
  • Mengurangkan migrain
  • Mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi
Haaaa, tengok, hebat tak coklat??
Sekarang pun ramai orang gunakan coklat untuk memikat hati orang lain. Macam coklat cinta.

Sebelum saya tamatkan entri ni, saya ada soalan: Korang suka coklat ape?
Kalau saya, saya suka coklat "Berehat Bersama Kit Kat" kui kui kui.
Okeylah, cukup untuk hari ni,semoga kita berjumpa lagi di lain hari. 
Bui Bui!!


Thursday, October 30, 2014

Kerja, Kerja,Kerja !!!

Yoyoyo. Assalamualaikum dan annyeonghaseyo semua(Cehh speaking Korea pulak kau ye Amir). Errgghh penatnya. Nak tau kenapa saya penat???
Haaa lihat bawah. 

My friends and I


Kakikukaku kakaka

Orang yang berpenat lelah :D

Haaaa dah tengok kan gambar-gambar di bawah? Ini pagi semalam punya cerita. Nilah kerja yang kitorang kena buat sepanjang hari tu. Mencantikkan sekolah.yang saya selalu cakap tu. Nilah dia. Sakit badan wooo. Dahlah Batunya nun jauh di belakang. pastu nak kena angkat batu. Memang sakit tangan la jawabnya.


Tapi, sakit-sakit tangan dan badan pon, kitorang tetap gambira sebab dapat meninggalkan jejak dan hasil kerja kitorang dekat sekolah ni. Rasa bangga sebab terpilih membuat kerja ni.


Okeylah, sampai sini je entri saya kali ni.Asaalamualaikum dan selamat tinggal!!!
Sayang awak semua!!



Wednesday, October 29, 2014

Esok - - - -> Bola Baling!!!




Yoyoyo. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!
Pertanyaan yang sama: Korang sihat? hahaha :D

Wokeyy, untuk post saya kali ni, seperti tajuk di atas, saya dimasukkan ke dalam pasukan bola baling untuk perlawanan sempena bulan lapas PT3. Nak tahu macam mana saya boleh termasuk dalam pasukan ni?

Wokeyyy, ceritanya macam ni. Saya dimasukkan ke dalam pasukan tu sebab:
  • Yang pertamanya: Salah seorang ahli bola baling tu kemalangan(Kesian). Haiii nak buat macam mana, nasib badannn..
  • Yang keduanya pulak: Seorang lagi ahli bola baling tak boleh datang waktu perlawanan sebab dia ada perlawanan golf pada hari yang sama.

Akan tetapi, jeng jeng jeng, ade sesuatu yang pelik.

matilah aq
Nak tahu ape yang peliknya? Peliknya ialah SAYA TAK RETI MAIN tapi masuk dalam perlawanan yang ada ramai pemain yang hebat-hebat belaka!! oh my gosh!! macam mana ni??!! Habislah!! Dahlah tadi waktu training pon, nak tangkap bola pun tak boleh, jari terpeleot(perkataan ape ni?)Hurmm rasa macam tak berguna je :( . Isk isk isk. Takpe, saya akan mengkaji cara permainan, formasi-formasinya dan macam-macam lagi berkaitan bola baling.

Huhuhu, doakan kejayaan kami :D. Harap-harap boleh menang. Insyaallah. Baiklah, itu saja untuk post kali ni. Assalamualaikum dan jumpa lagi!!!!
Ta Ta Tu Tu Ti Ti



Tuesday, October 28, 2014

Warna-Warni








nak tido,zzz.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang sihat? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat? Pegi makan ubat (hahahaha) tak pon pegi tido.

Okey,sebelum saya mulakan entri ni, saya nak tanya. Korang semua suka warna ape? Merah ke, Biru ke atau Kuning?? Kalau korang nak tahu, setiap warna menggambarkan personaliti dan sikap seseorang tau (Hebat kan?). Untuk tidak melengahkan masa lagi, saya akan berikan beberapa warna dan huraiannya. Baiklah, mari kita mulakan(Setiap gambar yang bergerak tu mewakili setiap warna) :
    Wachaa!!
  • Yang pertama, warna Merah : Warna ni merupakan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong kecepatan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah (patutlah dalam cerita,kalau orang tu marah mesti muka dia jadi merah), dan mempercepatkan pernafasan. Warna ni mempunyai pengaruh perjuangan, persaingan dan keberanian.
    Iyah!!
  • Yang kedua,iaitu warna Biru: Warna ni melambangkan ketenangan yang sempurna pada tekanan darah, denyutan nadi dan tarikan nafas. Selain itu, warna ni jugak bersifat konsentrasi, cerdas, jujur dan patriotik.
    lalala
  • Yang ketiga pulak warna Kuning: Warna ni melambangkan kegembiraan, bersifat selamba, santai, tenang dan tidak terkesan dengan masalah.
    TAK BOLEH!
  • Yang keempat, warna Coklat: Warna ni menunjukkan ciri-ciri suka akan persaingan, tidak suka beralah, kurang toleransi, sukar bertolak ansur dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan masa depan.
huaaaa!!
  • Yang kelima,iaitu warna Hitam: Warna ni melambangkan kesedihan, keseorangan, kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan.(ish ish ish.Apasal semua sifat buruk kat warna hitam.Apa salah warna hitam? Ngeh ngeh ngeh).
    bangga.
  • Yang keenam pulak warna Hijau: Warna ni melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini juga mempunyai sifat ingin meningkatkan rasa bangga, perasaan hebat dan mengatasi orang lain.
Muahhh!!!
  • Yang terakhir, warna Ungu: Warna ni melambangkan perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, berperasaan mendalam serta peka.
Berpakaian Melalui Warna

Dalam kehidupan manusia sejagat ni, warna amat memainkan peranan. Di bawah ni disenaraikan warna-warna baju yang sesuai dipakai untuk setiap hari(Isnin hingga Ahad). Mana tau, kot-kot warna baju yang korang pakai tu boleh menceriakan keadaan sekeliling.
  • Isnin: Putih
  • Selasa: Merah Jambu atau Ungu
  • Rabu: Biru
  • Khamis: Oren
  • Jumaat: Hijau
  • Sabtu: Merah
  • Ahad: Hitam
Okey, itu saja untuk entri kali ni. Assalamualaikum dan bye-bye!!!




Bila Takde Keje Lain Nak Buat Lepas PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!! Harap korang sihat-sihat belaka. Untuk entri kali ni,saya nak cerita pasal ape yang kitorang buat lepas PT3 atau lebih dikenali sebagai Aktiviti Pasca PT3.

Okey, sape tahu ape tu PT3??? Alah takkan tak tau,yang semua soalan die takde objektif tu, semua KBAT (Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi).
ahahaha
 Macam orang tak betul saya menjawab soalan-soalannya. Tapi Alhamdulillah semua dah habis, tunggu keputusannya je (Freedom!!)

Baiklah, kan lepas PT3 ke PMR ke dah tak belajar, kena pulangkan buku balik. So,untuk memastikan pelajar-pelajar Form 3 ni datang sekolah hampir setiap hari,sekolah akan mengadakan macam-macam aktiviti. Kalau kat sekolah saya,macam takde benda lain, tak abis-abis tayang movie (nasib baik semua yang ditayangkan tu saya suka). 

penatnya
Tapi, beberapa minggu lepas habis PT3,kitorang kena hias kawasan sekolah untuk dapatkan Band 6 (band yang paling tinggi). Errggghhh nak terpatah tangan dan segala jenis tulang di badanku ini. Tapi hari ni (Selasa) kitorang tak buat kerja yang memenatkan fizikal dan mental tu. Kitorang duduk termenung dekat dewan. Huhuhu bosannya,tak terkata. 

Tapi, di sebalik kebosanan yang melanda, ada insan yang baik hati datang dan bagi game-game baru untuk kitorang main. Contohnya ada game yang namanya Ogawa. Haaaa mesti tak pernah dengarkan kan kan??? Game ni kalau takde keserasian memang takkan menjadi. Kitorang main pon tadi tak abis-abis hancur.

Selain tu ade lagi, namanya "This Is . . . and What?". Game ni pulak kalau ade ramai orang memang meletop kedebam kedeboom gitu. Hohohoho. Seorang tu akan cakap nama benda dan orang tu kena buat tak tahu dan cakap"What?". Lepas tu,orang tu akan ulang balik ape yang dia cakap,baru dia faham. Then,sambung sampai orang yang terakhir. Setiap kali kitorang cakap "What?",macam bergema je bunyinya sebab semua orang kena cakap perkataan tu sampai dekat orang yang bagitau nama benda tu.Dahlah orangnya ramai.

Lepas tu,kitorang main game "Tukar-Tukar Rahsia" dan "Pemberita Berkepala 14"(uishhhh banyaknya kepala) sampai habis waktu persekolahan. Hari ni memang terbaik la. Dapat mengeratkan persahabatan.

Okeylah, saya tamatkan entri sampai sini je la. Kalau tulis panjang-panjang nanti macam korang sanggup baca kan?? Hahaha just kidding. Assalamualaikum dan bye semua!!!!!
Sukanya sukanya!!

Monday, October 27, 2014

Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua !!!

Saya tulis tajuk kat atas macam tu sebab pagi tadi saya kena jadi ketua kumpulan untuk mencantikkan kawasan sekolah (bangga seketika) untuk mendapatkan Band 6 Geografi. So,untuk menjadi pemimpin yang baik, molek, cool, dan yang seangkatan dengannya ialah:

  • Kena la ade ilmu. Kalau takde ilmu, macam mane kita nak ajar orang yang tak reti buat kerja tu kalau kita sendiri pon tak tau.Ye idok?


  • Kena ade kesungguhan jugak, Kita kalau nak buat kerja tu kena dengan sepenuh jiwa dan raga dan bakul dan macam-macam lagi la. Kalau buat kerja macam tu, baru rasa puas hati dengan ape yang kita buat.


  • Nak jadi pemimpin kena boleh berkomunikasi dengan baik. Kita kena rapat dengan anak buah kita baru senang nak buat kerja dan boleh siapkannya dalam masa yang singkat.Tapi yang ni saya takde la sangat sebab saya jenis kurang bercakap dengan orang baru kenal.


  • Yang terakhir kena ada keberanian dalam melakukan tugas.Pemimpin sanggup menerima apa-apa risiko yang bakal berlaku kepada kumpulan dia.
Kalau ade ciri-ciri di atas, In Shaa Allah boleh menjadi pemimpin yang baik, berkaliber dan macam-macam sifat yang positif. Harap saya pon boleh menjadi pemimpin yang ade sifat-sifat yang dinyatakan.Ahakkss !!

Okey,itu saja untuk entri kali ni. Hidup kena sentiasa gembira dan 'senyum! Tak perlu kata apa-apa'. Hihihi . Assalamualaikum dan bye!!!

Sunday, October 26, 2014

Heartstring ( Korean Drama )




Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Saya selaku peminat drama Korea ( tapi taklah sampai peminat tegar,kalau Runningman yelah kan? ) nak berkongsi tentang cite Heartstring ni.Walaupun cite ni dah lama,tapi tetap dapat menambat hati saya ni .Cite ni disiarkan pada tahun 2011. Sekarang cite ni tengah ditayangkan di NTV7 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Kot2 korang ade masa free ke time tu bolehlah tengok cite ni tapi tak tahu dah tamat ke belom.

Untuk memendekkan cerita,saya nak tunjuk watak utama dalam cite ni. Saya ambik dua orang je sebab malas nak tulis panjang2 .LOL ( pemalas betul aku ni ) .Okey sambung cite :
 

Yang pertama ,iaitu Jung Yong Hwa atau dalam tulisan Hangulnya 정용화 . Dalam cerita ni,dia jadi Lee Shin. Dia merupakan ketua kumpulan 'The Stupid'. Pada mulanya dia menyukai professornya sendiri tapi cintanya beralih ke Lee Gyu Won lepas cintanya tak dibalas. 

 
(Cantik kan die ni?Tu muka asli bukan plastik ye )

 Yang kedua ni pulak namanya Park Shin Hye atau dalam tulisan Hangulnya 박신혜 . Dia ni pulak pegang watak Lee Gyu Won . Dia merupakan pemain gayageum, alat muzik tradisional Korea. Dia terpaksa menjadi hamba kepada Lee Shin selepas kalah pertandingan antara kumpulan dia dengan kumpulan Lee Shin. Pada mulanya dia menyukai Lee Shin tapi perasaannya pudar lepas dia tau yang Lee Shin menyukai professornya.

Saya suka bila tengok diorang jadi couple dalam cite ni,sweet sangattt <3
 
( Sweet couple forever!!! )

Oh sebelum ni, saya ade tulis yang saya suka lagu OST Heartstrings kan?
Ni lagu-lagu yang paling saya suka :

Jung Yong Hwa : You've Fallen For Me




Park Shin Hye : The Day We Fell In Love


Okey,itu sahaja untuk entri kali ni. Semoga hidup anda sentiasa gembira dan sentiasa senyumm!!!
INI BLOG AMIR PUNYA