Tuesday, October 28, 2014

Bila Takde Keje Lain Nak Buat Lepas PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!! Harap korang sihat-sihat belaka. Untuk entri kali ni,saya nak cerita pasal ape yang kitorang buat lepas PT3 atau lebih dikenali sebagai Aktiviti Pasca PT3.

Okey, sape tahu ape tu PT3??? Alah takkan tak tau,yang semua soalan die takde objektif tu, semua KBAT (Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi).
ahahaha
 Macam orang tak betul saya menjawab soalan-soalannya. Tapi Alhamdulillah semua dah habis, tunggu keputusannya je (Freedom!!)

Baiklah, kan lepas PT3 ke PMR ke dah tak belajar, kena pulangkan buku balik. So,untuk memastikan pelajar-pelajar Form 3 ni datang sekolah hampir setiap hari,sekolah akan mengadakan macam-macam aktiviti. Kalau kat sekolah saya,macam takde benda lain, tak abis-abis tayang movie (nasib baik semua yang ditayangkan tu saya suka). 

penatnya
Tapi, beberapa minggu lepas habis PT3,kitorang kena hias kawasan sekolah untuk dapatkan Band 6 (band yang paling tinggi). Errggghhh nak terpatah tangan dan segala jenis tulang di badanku ini. Tapi hari ni (Selasa) kitorang tak buat kerja yang memenatkan fizikal dan mental tu. Kitorang duduk termenung dekat dewan. Huhuhu bosannya,tak terkata. 

Tapi, di sebalik kebosanan yang melanda, ada insan yang baik hati datang dan bagi game-game baru untuk kitorang main. Contohnya ada game yang namanya Ogawa. Haaaa mesti tak pernah dengarkan kan kan??? Game ni kalau takde keserasian memang takkan menjadi. Kitorang main pon tadi tak abis-abis hancur.

Selain tu ade lagi, namanya "This Is . . . and What?". Game ni pulak kalau ade ramai orang memang meletop kedebam kedeboom gitu. Hohohoho. Seorang tu akan cakap nama benda dan orang tu kena buat tak tahu dan cakap"What?". Lepas tu,orang tu akan ulang balik ape yang dia cakap,baru dia faham. Then,sambung sampai orang yang terakhir. Setiap kali kitorang cakap "What?",macam bergema je bunyinya sebab semua orang kena cakap perkataan tu sampai dekat orang yang bagitau nama benda tu.Dahlah orangnya ramai.

Lepas tu,kitorang main game "Tukar-Tukar Rahsia" dan "Pemberita Berkepala 14"(uishhhh banyaknya kepala) sampai habis waktu persekolahan. Hari ni memang terbaik la. Dapat mengeratkan persahabatan.

Okeylah, saya tamatkan entri sampai sini je la. Kalau tulis panjang-panjang nanti macam korang sanggup baca kan?? Hahaha just kidding. Assalamualaikum dan bye semua!!!!!
Sukanya sukanya!!

2 comments:

  1. Lawak la mse main permainan awak suka sy tu..Awak suka sy x?? X suka sbb sy suka org yg pakai tudung yg berwarna putih.. *kiter bngun nie.. Hahaha.. Cant stop laughing about this... #gameawaksukasaya#tudungputih

    ReplyDelete

INI BLOG AMIR PUNYA