Sunday, October 26, 2014

Heartstring ( Korean Drama )




Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Saya selaku peminat drama Korea ( tapi taklah sampai peminat tegar,kalau Runningman yelah kan? ) nak berkongsi tentang cite Heartstring ni.Walaupun cite ni dah lama,tapi tetap dapat menambat hati saya ni .Cite ni disiarkan pada tahun 2011. Sekarang cite ni tengah ditayangkan di NTV7 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Kot2 korang ade masa free ke time tu bolehlah tengok cite ni tapi tak tahu dah tamat ke belom.

Untuk memendekkan cerita,saya nak tunjuk watak utama dalam cite ni. Saya ambik dua orang je sebab malas nak tulis panjang2 .LOL ( pemalas betul aku ni ) .Okey sambung cite :
 

Yang pertama ,iaitu Jung Yong Hwa atau dalam tulisan Hangulnya 정용화 . Dalam cerita ni,dia jadi Lee Shin. Dia merupakan ketua kumpulan 'The Stupid'. Pada mulanya dia menyukai professornya sendiri tapi cintanya beralih ke Lee Gyu Won lepas cintanya tak dibalas. 

 
(Cantik kan die ni?Tu muka asli bukan plastik ye )

 Yang kedua ni pulak namanya Park Shin Hye atau dalam tulisan Hangulnya 박신혜 . Dia ni pulak pegang watak Lee Gyu Won . Dia merupakan pemain gayageum, alat muzik tradisional Korea. Dia terpaksa menjadi hamba kepada Lee Shin selepas kalah pertandingan antara kumpulan dia dengan kumpulan Lee Shin. Pada mulanya dia menyukai Lee Shin tapi perasaannya pudar lepas dia tau yang Lee Shin menyukai professornya.

Saya suka bila tengok diorang jadi couple dalam cite ni,sweet sangattt <3
 
( Sweet couple forever!!! )

Oh sebelum ni, saya ade tulis yang saya suka lagu OST Heartstrings kan?
Ni lagu-lagu yang paling saya suka :

Jung Yong Hwa : You've Fallen For Me




Park Shin Hye : The Day We Fell In Love


Okey,itu sahaja untuk entri kali ni. Semoga hidup anda sentiasa gembira dan sentiasa senyumm!!!

No comments:

Post a Comment

INI BLOG AMIR PUNYA