Tuesday, October 28, 2014

Warna-Warni








nak tido,zzz.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang sihat? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat? Pegi makan ubat (hahahaha) tak pon pegi tido.

Okey,sebelum saya mulakan entri ni, saya nak tanya. Korang semua suka warna ape? Merah ke, Biru ke atau Kuning?? Kalau korang nak tahu, setiap warna menggambarkan personaliti dan sikap seseorang tau (Hebat kan?). Untuk tidak melengahkan masa lagi, saya akan berikan beberapa warna dan huraiannya. Baiklah, mari kita mulakan(Setiap gambar yang bergerak tu mewakili setiap warna) :
    Wachaa!!
  • Yang pertama, warna Merah : Warna ni merupakan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong kecepatan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah (patutlah dalam cerita,kalau orang tu marah mesti muka dia jadi merah), dan mempercepatkan pernafasan. Warna ni mempunyai pengaruh perjuangan, persaingan dan keberanian.
    Iyah!!
  • Yang kedua,iaitu warna Biru: Warna ni melambangkan ketenangan yang sempurna pada tekanan darah, denyutan nadi dan tarikan nafas. Selain itu, warna ni jugak bersifat konsentrasi, cerdas, jujur dan patriotik.
    lalala
  • Yang ketiga pulak warna Kuning: Warna ni melambangkan kegembiraan, bersifat selamba, santai, tenang dan tidak terkesan dengan masalah.
    TAK BOLEH!
  • Yang keempat, warna Coklat: Warna ni menunjukkan ciri-ciri suka akan persaingan, tidak suka beralah, kurang toleransi, sukar bertolak ansur dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan masa depan.
huaaaa!!
  • Yang kelima,iaitu warna Hitam: Warna ni melambangkan kesedihan, keseorangan, kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan.(ish ish ish.Apasal semua sifat buruk kat warna hitam.Apa salah warna hitam? Ngeh ngeh ngeh).
    bangga.
  • Yang keenam pulak warna Hijau: Warna ni melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini juga mempunyai sifat ingin meningkatkan rasa bangga, perasaan hebat dan mengatasi orang lain.
Muahhh!!!
  • Yang terakhir, warna Ungu: Warna ni melambangkan perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, berperasaan mendalam serta peka.
Berpakaian Melalui Warna

Dalam kehidupan manusia sejagat ni, warna amat memainkan peranan. Di bawah ni disenaraikan warna-warna baju yang sesuai dipakai untuk setiap hari(Isnin hingga Ahad). Mana tau, kot-kot warna baju yang korang pakai tu boleh menceriakan keadaan sekeliling.
  • Isnin: Putih
  • Selasa: Merah Jambu atau Ungu
  • Rabu: Biru
  • Khamis: Oren
  • Jumaat: Hijau
  • Sabtu: Merah
  • Ahad: Hitam
Okey, itu saja untuk entri kali ni. Assalamualaikum dan bye-bye!!!




No comments:

Post a Comment

INI BLOG AMIR PUNYA